Friday, April 26, 2013

::7 Ciri - Ciri Wanita yang Cantik ::



Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, I'm getting better today. Still alive.huhu

tadi tengah godek2 Mr. Google, farah cari resipi2 masakan sebab nak belajar memasak.. 

Wah2.. bagusnya anak dara ni.. sejak bila jadi rajin camni??huhu 

Then, bila dah siap cari semua, farah  terbaca satu artikel ni dari sumber yang bernama.. 

Artikel yg sangat menarik. So,farah nak kongsi ngan korang sume..hihi 

Selamat membaca.. :)








7 Ciri - Ciri Wanita yang Cantik :)



1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.



2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.



3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.




4) TABAH DI SAAT TERHINA

Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.




 5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.




6) MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.




7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.











Seindah perhiasan adalah wanita solehah.




Moral value : Jadilah wanita yang sentiasa tersenyum, tabah walaupun ujian sentiasa mengekori kita. Insyaallah.. saya dalam proses cuba untuk menjadi tabah.. :') 




Allah s.w.t berfirman : Surah Al-Anfaal ayat 66.

Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang SABAR. 















♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Farah ^_^ ♥

21 comments:

  1. Replies
    1. hihi..thanks. moga artikel ni bermanfaat utk anda smua. :D

      Delete
  2. Perkongsian yang amat bermanfaat..tq..

    ReplyDelete
    Replies





    1. Assalamu'alaykum.masya Allah tlsan yg sgt bgs dn brmnft,smg pnlisny mmlki jw yg dmkian, maaf mau tny foto wnt brkrdung biru yg dbwhny trtlis'seindah perhiasan adalah wnta shalihah' itu sp y?



      Delete
    2. Assalamu'alaykum.masya Allah tlisan yg sgt bgs & brmnft,smg pnlis mmlk jw dmkian,maaf mau tny fto wnita brkrdung biru yg trtlis dbwhy'seindah perhiasan adalah wnita shalihah' itu sp y?

      Delete
    3. diatas fto sp y?

      Delete
  3. ingin bertmu

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaykum.masya Allah tlisan yg sgt bgs & brmnft, smg sang pnulis jg mmlki jw dmkn,maaf mau tny foto wnita berkrdung biru diatas yg dbwhny trtlis 'seindah perhiasan adalah wnita shalihah' itu sp y?

    ReplyDelete
  5. Assalamu alaikum. lagu ini bagus, akustikannya keren. Bolehkah aku berkenan mengetahui siapa penyanyinya?dan aku ingin mendownloadnya untuk kudengarkan.

    ReplyDelete
  6. Assalamu alaikum, bolehkah aku tau suara siapa ini? keren suara dan akustikannya, rasanya ingin aku dengar terus,,, bolehkah aku meminta lagunya lalu mendownloadnya? thanks

    ReplyDelete
  7. Assalamu alaikum, bolehkah aku tau suara siapa ini? keren suara dan akustikannya, rasanya ingin aku dengar terus,,, bolehkah aku meminta lagunya lalu mendownloadnya? thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup of course you can download this song. that's tittle is Kau pergi jua. I am neeta ft najwa latif.

      Delete

Assalamualaikum..sila tinggal komen anda..
satu pun jadi..hehe thanks you lepak sini. :D

sila datang lagii... :)