Friday, April 26, 2013

::7 Ciri - Ciri Wanita yang Cantik ::



Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, I'm getting better today. Still alive.huhu

tadi tengah godek2 Mr. Google, farah cari resipi2 masakan sebab nak belajar memasak.. 

Wah2.. bagusnya anak dara ni.. sejak bila jadi rajin camni??huhu 

Then, bila dah siap cari semua, farah  terbaca satu artikel ni dari sumber yang bernama.. 

Artikel yg sangat menarik. So,farah nak kongsi ngan korang sume..hihi 

Selamat membaca.. :)








7 Ciri - Ciri Wanita yang Cantik :)



1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.



2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.



3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.




4) TABAH DI SAAT TERHINA

Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.




 5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.




6) MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.




7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.











Seindah perhiasan adalah wanita solehah.




Moral value : Jadilah wanita yang sentiasa tersenyum, tabah walaupun ujian sentiasa mengekori kita. Insyaallah.. saya dalam proses cuba untuk menjadi tabah.. :') 




Allah s.w.t berfirman : Surah Al-Anfaal ayat 66.

Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang SABAR. 















♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Farah ^_^ ♥

Saturday, April 20, 2013

:: Luahan hati yang tak terluah ::





Assalamualaikum w.b.t :)



Dalam hidup farah, antara banyak2 tahun, tahun 2012 tahun memberi beribu kesedihan dalam hidup farah..Ujian demi ujian ku lalui, tapi farah yakin, Allah tak pernah menzalimi farah.. Tapi,farah manusia biasa, mudah menangis dan tidak mudah mengawal perasaan.. Mungkin dengan ujian sebegini, Allah turunkan supaya farah dapat mengawal perasaan..kan?? Positive farah.. Kebahagiaan dan kejayaan akan hadir tanpa kita sedar bagi orang yang sabar..



Sekarang,i'm officially penganggur.. Movie, games, tak cukup dengan movie games, farah paksa mak abah pergi shopping or jalan2, kalau tak ikot, farah merajuk.. HAHA 

Sekarang bulan 4, nanti bulan 9 baru masuk ijazah..

Mashaallah..serius bosan cam ni.. tapi hatiku gugup,berdebar tiap kali fikir pasal result MUET and final exam..



Ya Allah.. izinkan farah untuk melanjutkan pelajaran degree Law at UiTM Shah Alam.. :( rasa nak menangis, sedih, bila terbayang bagaimana kalau aku tak lepas MUET or CGPA pointer?? Ya allah.. bantulah farah..


Time final exam, farah dah cuba buat setakat mana farah boleh buat.. Selebihnya farah berserah.. Doa, usaha, istiqamah and tawakkal, adalah kunci segala kejayaan..


Sekarang ni, farah bersykur sangat bila farah terpilih kos asasi undang2 kat UiTM.. Dulu masa isi borang upu, farah idamkan nak sambung belajar kat UIA, tapi UiTM farah dapat.. mesti ada hikmah kan?? 

Actually, UIA untuk budak yg pandai2, SPM 9A keatas memang layak untuk kesana.. Bila masuk UiTM, first impression farah, budak2 UiTM ni jz biasa2 je.. sebab result SPM frah pun bese2 je.. tapi sekali dah start belajar, first day tu, baru farah tahu kos asasi undang2, orang cakap bukan calang2 orang and hanya yang terpilih untuk ambil kos ni.. rasa macam terperasan je sekejap masa tu..hew3 ok,out of topic. :D 

tapi farah rasa mungkin farah ni,tersesat masuk kat situ kot, sebab nak ambil law, cakap omputih mestilah kena fluent.. farah setakat atas kertas boleh lah masa secondary school dulu, sebab tu English paper time spm dulu jz A-..wakaka :D


Bila sekeliling majority pandai speaking English, secara otomatik perasaan humble tu datang.. Semuanya pandai2. Datang pulak dari sekolah hebat2. MRSM, SBP. tapi tak bermakna sekolah agama marang tak hebat bila kita tak pndai speaking BI.. ok be positif . ^_^

Bila farah sedih sorang2, farah akan ingat satu benda, 

nak seribu daya, tak nak seribu dalih.. :)



Masa sem 1, farah belajar tak berapa okey. mungkin masa tu, farah ada masalah peribadi yang farah sendiri tak dapat nk kawal.:( 

tapi no..no..no.. kita tak boleh salahkan external factor. tu namanya self-serving bias..HAHA 


Sem 1, farah ambil 7 subjek yang mana 3 subjek Law, 2 subjek bahasa inggeris, 1 subjek Tasawwur Islam and last one subjek Computer. aku pon tak tau lah subjek computer apa kaitan ngan undang2?? tapi xpelah.. ilmu perlu ditutut oleh semua orang:D 

And unfortunately sem 1, I just got 2.77..uhuk. sedih. xmo ingat. :'(

Antara 7 subjek tu, farah dapat 1 A je iaitu subjek tasawwur islam.. Betapa farah minat subjek syariah, jz subjek tu farah dapat scor. Subjek law, out of mind la farah rasa. 


Bila jadi camni, beribu pengajaran farah dapat. 

Kadang2 Allah menegur salah silap kita melalui ujian.. 

Ya,betol! Dengan ujian sebeginilah, membuatkan farah terfikir dimana silap farah..

 


Pasal MUET plak, I dont get band 4 ,but I get band 10..hehe tak lah I just get band 2.. band 2 farah?? teruknyaaa.. serius.. low self esteem dah start dah bila teringat kisah hidup farah sem 1. farah xpandai BI.. tapi tu bukan alasan la farah! salahkan diri sendiri :( 

Bila farah tengok result muet farah, rasa sedih. Kawan2 farah ramai yg dapat band 3 and band 4. Bila jadi camni,farah tekad. farah nak buat yang terbaik untuk sem2. 



Bila farah perhati balik, ambil kos undang2, membuatkan farah jadi minat bahasa inggeris secara otomatik. hehe mana tak nye,semangat nak dapat band 4 punya pasal. :D


Farah rasa macam ada improvement sket for my vocab english dari sebelum ni. Biarlah vocab farah tak shebat macam kwan2 farah, at least ada la sikit..hee

Actually, faculty of law UiTM, banyak memberi pengalaman baru dalam hidup farah.. :)



So,masa sem 2 farah ada 8 subjek. 

Farah rasa sem 2 ni belajar macam best sket,maybe dah dapat sesuaikan diri dengan persekitaran,dengan lecturer and kawan2.. 

and farah juga ada peningkatan sket dari segi carry mark farah berbanding sem 1 dulu. Alhamdulillah.. terima kasih ya allah.. 

Bukan apa, nak sambung law, pointer cgpa mestilah 3.0 keatas. 

So, based on pointer sem 1 farah, sem 2 farah mesti dapat pointer at least 3.23. 

Baru lepas ambik law. sebab tu farah struggle and usaha setakat mana farah boleh buat. Usaha kan tangga kejayaan..tak gitu? :D


Tak lupa juga buat roomate farah, Yan, Ummu and Fatin.. Diorang paling banyak memberi tunjuk ajar pada farah. thanks friend. :) 



Sekarang, hanya mampu solat hajat, and berdoa moga Allah kabulkan doa farah untuk dapat CGPA 3.0 above and got band 4.. 

Moga hajat farah menjadi kenyataan ya allah..amin99


Tapi farah redha seandainya farah tak dapat apa yang farah doakan. Sebab farah yakin, perancangan Allah melebihi segala perancangan manusia.. dan Allah adalah sebaik2 perancang.. Allahuakbar..!!











Credit to Mr. Google.. hehe












♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Farah ^_^ ♥

Tuesday, April 9, 2013

:: Hoorayyy.. exam dah habis.. >_< ::





Assalamualaikum sume....



Selesai sudah 2 minggu farah exam.. :) 

Selama 2 minggu tu farah rasa hidup farah mcam tak ada life langsung.. tapi, syukur.. 

Allah masih beri kekuatan pada farah untuk berdiri atas kaki sendiri.. Alhamdulillah..

Now, SAYA BEBAS!! haha kena highlight tau word BEBAS tu, sebab rasa mcam heaven gila tak perlu nak hafal akta, enakmen,and various of cases lagi.. hah.. bahagianyer.. :D









ha.. amek kau  PSY aku bagi..haha :D




So,sekarang..alhamdulillah.. farah dah smpai terengganu.. tanah air tumpah darahku..:D 

Lebih kurang dalam 5bulan farah cuti.. daripada buang masa, makan tidur, 

berak je keje, farah nak cari kerja lah...

Kerja yang dapat buat hidup saya rasa matang sket.haha 
Mak cakap, trylah hidop susah, ni keje buat taik mata je... ala.keje jugak namanya? :D  


Sekarang ni, dekat rumah farah ada geng iaitu kaq sue..hehe 

Inilah tempat sy gosip hari2.. Nanti kaq sue dah nak kahwin..hmmm 

Alaaa..sume kakak aku dah kahwin,farah bilanya?? (gelak2 manja) :D 
Bila ada kaq sue,BEST sgt..! 

Boleh ajak gi jalan2, teman farah sembang and of course peneman farah buat bising dalam rumah.ahak bila kena marah di mak abah, senyap lah satu saat, lepas tu sambung balik..mengalah budak kecik la kitorang..ish2  


Bila farah smpai trengganu hari tuh, kaq sue ajak gi jalan pergi Giant yang baru bukak kt Gong Badak.. sambil jalan2, sambil la try cari keje kosong,kot2 ada..hehe 

Last2, pergi makan kat Secret Recipe. Nampak la kertas yang advertise job vacancy.. yieeehhaaa.. ni satu peluang yg bagos. :D








Lepas makan kat secret recipe, kitorang jalan2 masuk giant..

 lepas tu nampak la fitroom.. 

nak testing camera kononya.. cmni la jadinya.. >_<




















♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Farah ^_^ ♥