Sunday, November 29, 2015

:: Happy 6months anniversary Suamiku ::











Tarikh 31 Mei 2015 bersamaan 13 Sya'ban 1436, diri ini sah bergelar menjadi seorang isteri kepada lelaki idaman saya Mohd Ibrahim Hilmi bin Safie. Alhamdulillah. Saya tak pernah terfikir diri ini berkahwin pada usia 21 tahun. Sebab dalam family saya wajib habis belajar baru boleh kawen. No kawen time belajar. Kalau langgar adat keluarga, kene rotan. Ok. *kidding :p 


Dulu masa saya kecik, impian saya nak belajar sampai ijazah, then kalau rajin sambung master, or kerja then baru fikir pasal kahwin. Tapi perancangan Allah melebihi segalanya. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.


Saya dan suami saya seusia.  Saya kenal dia semenjak kami form 1 lagi. Bila naik form 2 kami sekelas sampai la form 5. Tapi walaupun satu kelas, kitorang tak rapat walhal bercakap dalam kelas sekalipun jarang sangat sebab masing-masing sombong kikiki. :p Tapi sampai nak dekat SPM, ada satu kelas tambahan. Masing-masing pakai pakaian bebas. Then saya just pakai tudung bawal without inner neck (alahh masa tu tak de lagi jual inner neck ni hee), t-shirt labuh and seluar slack. Si ibrahim ni mai kat meja saya then dia suruh saya buka pencil box. Saya pun bukalah nampak ada satu surat.jeng jeng jeng ingatkan surat cinta ke apaaaa


Dalam surat tu dia tulis ''tolong tutup sikit tudung bahagian leher tu''. Ya Allah, ceq sentap.  Padu betul ayat dia nih. Saya tak perasan pulak tudung saya tu terbuka sikit nampak bahagian leher. Lepas tu saya senyum buat muka seposen then terus pi tandas. Tak nak tengok muka dia ni huhu.  Sejak dari peristiwa tu, saya rasa dia ni suka duk perhati saya. But, disebabkan tak nak shok sorang-sorang, saya pun abaikan perasaan tu wahaha.


Bila habis SPM, masing-masing bawa haluan sendiri. Saya dapat tawaran asasi law kat uitm kuantan and dia dapat tawaran diploma in phisiotherapy di unisza, if i'm not mistaken. Tapi dia tolak tawaran tu sebab dia tak minat science haha. Then he pursue his study in STPM di Sekolah Sultan Sulaiman. Sepanjang saya berada di uitm, kami tak pernah pun contact. No hp dia pun saya tak simpan hilang entah ke mana dah. Tapi ditakdirkan Allah, bila saya tamat belajar asasi uitm, saya nampak nama dia kat facebook bahagian friend suggestion. So,saya add a friend. Saja je add. Tak ada niat nak lebih-lebih koh koh. :p Lepas dia approve tu, bila saya post something confirm dia ni like and comment. Boleh dikatakan, sesiapa tengok post saya mesti akan cakap saya ada something dengan dia. Sebab di mana ada post saya di situ ade like dan comment dia haha. Hamboihh perasan jee. >_<  



Sampailah satu hari tu, 25 May 2013, rumah saya buat kenduri. My lovely sister kak sue kahwin. Satu nombor yang tak dikenali hantar mesej kat handphone saya ''Salam farah''. Bila tanya siapa, dia jawab dengan ringkas je ''Bohim'' haha. Dia pun cakap nak datang majlis kakak saya. Saya pun macam terkejut lah. Nak bagi ke tak. Kalau dia datang takut mak abah and adik-beradik fikir dia pakwe saya pulak, sebab sepanjang saya hidup saya tak berani jemput kawan lelaki datang rumah heee.  Tapi bila fikir balik, takkan nak ajak kawan pun tak boleh sebab nak datang kenduri kawen je kot. So,saya pun cakap la ''Datang la nak datang pun, kalau nasi tak cukup minta maaf''.  Ayat macam tak ikhlas langsung nak jemput dia kan haha. Ampunkan saya :p 


Selepas daripada peristiwa kenduri tu, kitorang kerap juga contact. Biasalah kawan lama berpisah bertemu kembali. *cehhh. Hingga lah satu hari itu, kawan sekolah dulu plan nak buat reunion kelas. Sekali lagi, jumpa pulak si dia ni masa reunion dekat sekolah. Saya ingat lagi, that day is 3 Jun 2013. Tarikh permulaan kami betul-betul rapat dan saya mula ada perasaan suka kat dia.*blushing* Tak sangka, peristiwa dari kenduri kahwin kakak dan reunion sekolah merapatkan hubungan kami. Really unexpected this thing can be happened. Sebab dekat sekolah dulu kitorang tak pernah ada perasaan suka pun dan masa form 2 kitorang pernah gaduh jugak lah koh koh. That's why orang tua-tua cakap, jangan benci nanti suka. :p :p



Dalam masa beberapa bulan saya kenal dia, dia cakap nak datang rumah nak jumpa and kenal mak abah saya. Saya terkejut dan takut nak bagi dia datang rumah. Tapi nampak dia bersungguh sangat nak mai. So,saya biarkan je. Bila dia datang rumah, saya perhati je cara dia bercakap dengan mak abah hehe. :p Then bila dia balik, mak abah tanya. ''Apa hubungan farah dengan dia?? Mesti someone special ini.'' Saya pun ''krik.krik.krik. senyum.'' Buat muka seposen. 


Sepanjang saya mengenali dia, dia tak pernah ajak saya ''Couple''. It makes me respect to him dan saya rasa dia lelaki lain daripada yang lain lelaki yang saya kenal. Dan lebih kurang setahun juga kami kenal hati buding masing-masing, ma dan ayah ibrahim call cakap nak datang rumah raya ketiga nanti, untuk merisik dan bertunang (30 July 2014). And kami rancang nak kahwin habis belajar iaitu 2017. Tapi, kita hanya merancang dan Allah menentukan segala-segalanya. :')


Dalam beberapa bulan kami bertunang, ibrahim dapat tawaran sambung ijazah di USM, Pulau Pinang dan saya di Unisza, Terengganu. Bercinta jarak jauh sangat perit dan rasa rindu pada bukan mahram sangat menyeksakan. Bertunang tiada beza pun dengan couple. Sebab itu orang cakap, jangan tunang lama-lama, BAHAYA. Yes,i feel this. Perasaan sakit itu, hanya Allah yang tahu. Bila rindu, rasa nak mesej, rasa nak call tapi sedar diri ini baru bertunang, belum lagi halal. 


Disebabkan perasaan ini selalu menghantui diri saya dan dia. Ibrahim mesej saya. ''Bila sampai Terengganu nanti, saya nak datang rumah, nak jumpa mak abah.'' Saya pun cakap ok. Bila dia sampai rumah, mak abah jemput makan-makan, then selesai makan, si ibrahim ni nampak abah farah pakai jubah siap-siap nak pi surau, sebab dah masuk waktu Zohor. Dia pun buat-buat tanya. ''Abah nak pergi mana?'' Abah cakaplah ''Nak pi surau.'' Lepas tu boleh pulak si bohim ni cakap. ''Tunggu dulu, ada benda nak cakap dengan abah.'' Bila dengar macam tu, farah terus rasa berdebar. Abah bila dengar macam tu, terus tanya kenapa. Then dia cakap '' HMM..SEBENARNYA..BOHIM DATANG SINI ADA HAJAT BESAR.'' Perasaan saya masa tu tak payah bagitahu la bila dia sebut hajat besar. Muka mak abah pun macam dah lain macam je haha.  Then dia bagitahu ''HMM..SEBENARNYA..HMM..KITA RASA NAK KAHWIN, SEBAB NAK TUNGGU 2017 LAMBAT LAGI. SEBAB DALAM 2 TAHUN MACAM-MACAM BENDA BOLEH JADI''. Mak abah bila dengar, terus gelak sakan sebab rasa macam tak percaya. Muka si ibrahim waktu tu kesian sangat tengok, malu-malu kucing gituhhh haha. Lepas tu mak abah tanya.  ''Kenapa nak kahwin cepat sangat,sedangkan dah janji 2017?''  si bohim ni senyum and diam je huhu. After a few second, abah pun cakap ''KAHWINLAH, KAHWIN MUDA RAMAI ANAK''. Like seriously abah cakap macam tu?? Finally, GREEN LIGHT huhu. Abah restu anak bongsu dia ini kahwin waktu belajar. Mak asalnya tak bagi. Tapi bila abah bagi, mak pun ikut je.:p Saya masih ingat, waktu tu 5 February 2015 hehe. Abah suruh ambil kalendar, untuk set-up tarikh. Allah, terkejut sangat. Tak sangka, saya dah nak kahwin. :')



Tanggal 31 Mei 2015. Hari Ahad pukul 9.15am bersamaan 13 Syaaban 1436, tanggungjawab telah beralih daripada Abah kepada Ibrahim dengan sekali lafaz. Tanpa sedar, air mataku mengalir. Saya tak sangka, sungguh aku tak percaya. Diri ini sudah menjadi isteri kepada lelaki yang bersungguh berjumpa dengan wali ku. Saya sangat bersyukur, Allah permudahkan segala urusan perkahwinan saya. 


















 


Baju pengantin akad nikah dan majlis bertandang fully sponsored by my sister. Thank you kaq sue. Moga Allah murahkan rezeki kak sue. :') Pelamin dan photographer pula saya cari pakej murah. Nak jimat mana yang boleh. Ibrahim ni pada mulanya tak nak ambil photographer kalau lelaki, tapi perempuan dia bagi. Agak susah nak cari female photographer kalau kat area Terengganu ini. Then ada kawan recommend sorang photographer ini. Alhamdulillah, sangat berpuas hati  dengan hasil kerja dia and harga pun sangat reasonable. Barang hantaran pun saya beli barang yang saya suka dan ibrahim pun macam tu, then malam nak kahwin, baru ktaorang tukar hehe. Kami tak buat pun dulang 9 balas 7 ke, dulang 13 lawan 11 ke. But just bagi sama rata heee. Lepas tu, kad kahwin, doorgift and kenduri kahwin semua fully mak abah yang sponsored. Alhamdulillah. Terima kasih mak abah, ma dan ayah, adik-beradik farah yang sudi membantu menjayakan majlis walimatul urus ini. Sangat-sangat terharu. Yelah, kami dua-dua masih belajar. Kalau boleh majlis nak sederhana. Buat yang mana wajib. Tapi... Allah hantar orang yang baik-baik yang sudi membantu saya dalam menguruskan segala persiapan. Moga Allah murahkan rezeki mereka.amin... :'))




 My precious :)
Abah, Mak, Husband, Ma dan Ayah.





With my family. 
Tapi tak semua ada dalam gambar, ada yang sibuk basuh pinggan :D





With my family-in-law. :)


Now, dah nak masuk 6 bulan saya dan suami hidup di alam rumah tangga. Walaupun dah kahwin, tapi kami rasa macam couple sebab masing-masing duduk jauh. Sorang penang, sorang terengganu. Tapi, bila dah kahwin, bila sorang duduk jauh, tak rasa risau sebab dah halal nak contact, nak gayut sampai subuh ke or nak webcam sampai meletop laptop suka hati la. And bila dia balik boleh pi dating  ke hulu ke hilir tak ada orang nak marah haha. Alhamdulillah. Nikmat Allah terlalu besar. Kadang saya tertanya, di kala diri ini sedih, tertekan. Allah bagi nikmat sebegini rupa yang tidak pernah saya terfikir. Terima kasih Allah hadirkan dia dalam hidupku sebagai suami, peneman susah senang, penghibur hati dikala sedih, bersabar dengan karenah saya macam budak-budak tadika and sudi menerima diri ini seadanya.:') Lagi setahun nak habis degree, semoga kita berjaya didunia dan akhirat. Nanti konvo, insya Allah bertiga yeeeee.hehe >_< 







Ibrahim Hilmi.. Terima kasih untuk segalanya. Bimbinglah saya. Semoga kita bertemu kembali di Syurga. I LOVE YOU SUAMI. <3











 
   
 Photographer suruh duduk rapat sikit. 
Terus si suami tarik bahu ish3 








My mini pelamin. :)
  





That time I was too tired. Seriously .
When photographer ask me to pose like this. 
Rasa macam nak tidur di tempat kejadian :p











Sempat lagi curi-curi pandang.
* Of course la dah halal :p




Pengantin duk atas rumput :D


Veil, baju pengantin, make up from Veilista Shawl. Click here veilista shawl bridal

Female photographer from ateeqafadzusphotography






Honey Beach at Pantai Kemasek





♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Farah ^_^ ♥

Saturday, October 25, 2014

:: Alhamdulillah.. one step closer.hee (cerita random) ::



Assalamualaikum w.b.t sayang2 sume.



  Hampir setahun kot farah meninggalkan blog ni. Dasyat. dulu masa belajar uitm hari2 aku update cerita, sekarang farah more aktif kat insta ngan facebook je. Twitter tak main.harap maklumm. :D 

Dalam waktu setahun tu, macam2 kisah berlaku dalam hidup ini. Alhamdulillah. yang sedih2 kita lupa, yang happy2 kita buat kenang kenangan.koh koh

 Belajar unisza farah dah masuk sem 3 ijazah syariah. Alhamdulillah. Lagi 4 sem nak habis,lepas tu nak ......ehem.ehem :p 

Hari ni tetiba je rasa nak bukak blog, rinduuu nak baca citer2 masa zaman tak matang dedulu.kah kah lagipun sekarang tengah cuti midsem,thats why rasa relax semacammm je rasa.hmmmm




Sekarang,farah belajar unisza dah hampir setahun,banyak pengalaman baru farah dapat. Yesss,no doubt, bersyukur sangat dapat belajar di UNISZA. The best university ever to me!!hihi tapi ade benda yang farah tak boleh nak catch up masa sem 2 lepas,sebab masa terlalu pact dengan subjek yang agak killer rather then sem 1. Takpelah,tu sume pengajaran untuk buat lebih baik sem 3. insya Allah,sem ni dapat dekan.amin :) 

be positive!




Masa tamat sem 2 bulan jun hari tu, farah cuti sem lebih kurang 3 bulan. Bosannya duduk kat rumah. Dan masa cuti tulah, farah berjinak2 dengan bisness.acece come on lah, sekarang ramai sangat usahawan berjaya dari golongan muda.kan kan?? 

dan termasuk lah usahawan yang saya minat D HERB terlajak laris.hahaha hensem sangat owner dia dan isteri dia cantik gila. Farah start berniaga just jadi sebagai egent je dulu. Ambik komisyen sikit2. Tak payah keluar modal pun. Dari duduk rumah jadi penganggur terhormat,why not try cari duit lebih sikit waktu cuti2 camni kan?? Ade pekdah jugak.




       anddddddd. hasil daripada bisness tu. selama berbulan2 jadi egent. maka terhasillah satu idea untuk bukak bisness sendiri, jual produk sendiri tanpa jadi egent lagi.  Alhamdulillah,berkat sokongan mak abah, kakak2 farah maka terhasillah sebuah nama ''Farahjiha Scarf'''. Yess. this is my onlineshop name. Guna nama sendiri gittuw.haha. Pada mulanyaaa farah join bisness sebab nak cari pendapatan lebih,bagi duit ke mak abah,boleh save duit untuk akan datang sebab rasa kemuncak sangat rasa nak kawennnnnnn.hahaha and of course sebab minat farah yang mendalam terhadap perniagaan .:) Moga Allah berkati usaha ini. Nak tahu ape bende farah jual eh?? jom la usha IG dan Fb farah. 




                  Visit and follow  my IG: farahjiha_scarf  and Facebook : Farahjiha Scarf. 



anddd.. sepanjang cuti 3 bulan tu juga. do you know?? A family was coming to my house. Datang merisik. Masa tu berdebar,tak senang duduk tak payah cakap lahhh. Tak silap masa tu hari raya Aidilfiitri yang ke3.

 30 July 2014. Tarikh keramat yang tak akan ku lupa!haha. Pihak lelaki datang merisik. plus engaged teruss.hee. I'm officially taken. Alhamdulillah. Ikutkan hati masa tu nak kawen terussss la mak abahh.kah kah. Tapi kena sedar diri,kawen dan belajar dalam waktu yang sama bukan perkara mudah, dan banyak benda lagi perlu belajar untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar sebagai seorang isteri dan juga ibu. Maka bersabarlah wahai hatiiii. :p 









                      Just making simple majlis. Nanti kawen kite buat grand kalah rozita che wan gittu.wahaha


I never expecting this is happening to me. Doakan hubungan kami ke jinjang pelamin dan kekal hingga ke syurga.aminn ya rab. #faroibnajmi




 
Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat pemberian Mu. Sekarang focus hidup farah pada belajar. Belajar betol3 sampai dapat buat Mak Abah tersenyum bangga.insya Allah. Jangan lupa jaga hubungan Allah juga. Sentiasa solat awal waktu dan berdoa pada Allah jangan sesekali missed. Sentiasa rajin buat sesuata kerja and when we do something pastikan ada target. dan berusaha mencapai target. Dreams dont work unless you do. Caiyyokk.!! :) 

Okey, perut lapar lahhh. nanti kita sambung lagi,hehe thank you for reading my annoying story. muahh cikedd :*



















♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Farah ^_^ ♥

Wednesday, November 27, 2013

:: My life at UniSZA (part I) ::



Assalamualaikum w.b.t :)


Bermula kaki ini menjejakkan kaki ke Unisza, takde satu haram entry baru pun yang aku post kat dalam blog ni.hee. Masa banyak terluang, but waktu yang terluang itu perlu diisikan dengan tidoq, makan, tidoq and makan.wakaka. 
Takdelah, cakap student ijazah of course la diri ini berjimba membuat esemen yang bertingket2 and presentation and also test. 
So farah,how's your life there?? Alhamdulillah.. feeling great and very comfortable studying here. ;)


Bila sampai disini, majoriti budak kelas farah adalah lepasan diploma and stam. 

When my lectures ask me, ''Where do you come from??'' I answered. ''I'm from foundation in law at UiTM Kuantan.'' Lecturer aku pun buat mulut ternganga, terkejut ''Why did you come here?'' Soalan yang ditanya membuatkan semua orang dalam kelas tu memandang aku. Then my answer ''Because i'm very interested to learn anything about the law of Islam''  Ceh jawapan aku bukan main.haha. 
Sebenarnya ramai  kawan farah rasa aneh,peliks,tertanya2 why you from asasi law uitm split masuk syariah unisza?? I know, for those yang tanya tu rasa pelik sebab if from asasi uitm of course to pursue degree also at uitm right? Then kat uitm mana ada belajar b.arab and absolutely study law fully in english. Then bila amek syariah, everthing subjek agama belajar dalam b.arab. She ask me bcoz I know she worry I can't survive here. Betol tak kawan-kawan sekalian?? Thanks for caring about me.kihkih. 
Ya..actually before saya masuk sini, saya dah fikir masak2 before ambil kos ni. Saya dulu from religious school actually and i have a little bit basic in arabic language. So, I think it doesn't matter to me to learn again, and ingat balik apa yang saya belajar dulu dan saya memang minat syariah dari dulu lagi.:) 


Alhamdulillah.. so far, I can survive here. Dengan adanya kawan2 yang sehati sejiwa, boleh dibuat teman untuk study and esemen bersama2, pi cafe and pi kelas lewat sama2.haha and of course teman yang sentiasa memberi nasihat dan semangat. 
Feeling so grateful and lucky because I have friend like them. 


Classs for this sem, boleh dikatakan, paling banyak pun sehari just tiga kelas. So tak pact mana. But kelas nya yang jauh bak hang membuatkan aku rasa kelas hari2 pact.haha. Subjek for this sem 8 include for kokurikulum. So bukak portal tadi, final exam maybe hujung bulan 12 or awal bulan 1 nanti. Dah tak lama dah farah wehhh.. 
Sekejap je sem 1 aku rasa. So, first semester kena buat betol2 and first sem ni sangat penting untuk dapat high CGPA. So, tak nak ulang lagi kesalahan masa first sem kat UiTM dulu. Insaf dah.hehe 


Now, bila belajar kat Unisza,rasa best and selesa sangat dekat sini. Setakat ni lah. Tak tahulah akan datang macam mane.ahakk. Mana tak selesanya kan, tiap2 minggu aku balik rumah, tak tunggu tiap2 minggu pun, kalau dalam sehari tu kelas cancel, terus call parent suh datang amek. Then pagi esok tu datang balik u,haha. Bahagia betol hidup macam ni. Maklumlah, dalam 20 minit je dari rumah i nak ke Unisza uolls.hihihi


Okeylah, dah lewat malam. Minggu depan ada presentation and 2 test dalam hari yang sama. Then keesokanyya submit esemen. pergghhh deabakkkk. Hari ni je rasa macam nak luang sket masa kat sini sebab rasa macam rindu je,macam nak post entry baru je kat blog i ni.ahakkk okey. No doubt, sekarang dah susah nak luang masa kat blog. I buzy la skrg.hihi

Tak nak cerita panjang. Nak post gambar sepanjang duduk Unisza :)








Ha...ni baju kos kitorang. kaler turqoise gituh.. :D





Kawan sentiasa bersama. Sorang kedah, sorang kelantan and sorang ganu.
Tapi bila bercakap, kami menggunakan loghat masing2.ahakk





Kem IM4U bertempat di Merang





























Ni adalah kem IM4U, okey silakan nyanyi lagu IM4U sekarang. >_<

Masa mula2 ustaz cakap kitorang kena pi kem,punya lah tak semangat sebab perasaan nak balik rumah membara-bara. (betol tak ayat aku tuh) :p Then sekali sampai kat tempat nih,wahhhh..lawanyerrr tempat ni. I guess kem ni dalam hutan, sekali tepi pantai. Rasa tenang sangat sebab khemah dibina tepi pantai. I loikeeee.


Sepanjang berada kat sana, program yang paling tak best adalah solo walk dalam hutan. Haaa..tak nak ingat lah pasal tuh,sebab sekarang dah lewat malam. Menegak bulu roma aku bila ingat balik.muahaha. Then habis solo walk esok pagi ada gotong royong gituh, then kitorang dapat tugas cat pagar..aiyyaa. tak pernah2 aku cat pagar tau?ihiks.gedik je.

Then lepas solat jumaat tu, ada aktiviti snorkling..yaaa. yang ni paling gua suka.
Habis snorkling,kitorang dikehendaki naik jambatan yang tinggi, then terjun dalam laut (sambil pakai jaket keselamatan la, kalau tak mati anak orang). Masa turn farah pulak yang kena terjun,rasa macam nak lari.tak nak terjun. Tapi kalau lari rasa rugi pulak, bila lagi nak rasa peluang terjun camni kan?? Then,aku pejam mata, terus terjun. Bila terjun dalam laut, farah bukak mata, alamakkk.kenapa masih dalam air,bila nak timbul ni?? Berdebar masa tuh toksah cakap lah,memang risau giler takut tak timbul2.haha. Berapa saat kemudian, timbul la dipermukaan air..fuhhh lega. sambil nganga mulut,tak pasal2 air masin masuk mulut.amekkk kau. (xde gambar nak display sebab takde orang nak amek gambar kite tengah terjun)haha 


Okey, rasanya setakat ni je dulu nak citer kisah hidup Unisza. Lain kali sambung lagi untuk part 2.hahaha. Dah lepas rindu dh kat blog ni. So now,dah lewat malam. I nak tidow. Good night uolls. Thanks for reading my post. Sayang kamoo sume.hee 

Assalamualaikum. :)












♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Farah ^_^ ♥

Thursday, August 22, 2013

:: Kisah 21 Ogos. Alhamdulillah.. :') ::



Assalamualaikum pembuka bicara. :)


Alhamdulillah. So grateful to you Allah for everything you gave in my life.

Amacam raya korang? Shok ke tak? For me, Alhamdulillah raya tahun ni rasa ada satu kelainan la sket. :D

First day raya, ada seorang hamba Allah datang beraya di rumah. Tak tau nak cakap ape perasaan ketika tu. Happy ada,nervous pun ada. 

Why nervous? For my entire life,tak pernah lagi aku jemput kawan lelaki datang beraya dirumah.heee. Bukan taknak jemputlah,cuma rasa tak selesa and takut parent ingatkan pakwe nanti.kahkah.  So,bila ada farah jemput sorang ''kawan lelaki'' ni datang beraya,parent rasa peliks and.. terus diorang cakap, ni mesti someone special,bukan kawan biasa.

So bila diorang pikir camtuh,farah pun buat2 lah tak tahu.  Buat muka macam takde perasaan bercampur dengan muka sposen skettt. Nampak tak permainan disitu? But,when I saw him talking to my mother, I like his style. His personality kadang2 bersahaja, and everything about him saya perhati. He makes me melting la. Ko pehal tetiba cakap pasal dia ni farah? *eh 


Okey,kembali kpada motif utama post kali ni bukan nak citer pasal raya. ngee.  Farah nak cerita yang berlaku pada tarikh. (21.08.2013) Takkan ku lupa tarikh ni walau ape ribut yang melanda. >_< 


First of all.. I want to tell uolss.. yang farah dah jadi pemandu diiktiraf sekarang.yiehaaaaa (alahh..setakat dapat lesen pun nak citer) okey.okey.saya tengah excited ni okey. 

Alhamdulillah..terlalu happy lulus test JPJ semalam sebab ni sebenarnya second test untuk saya or ayat sedihnya repeat.hahaha. Bukan senang nak lulus bagi pemandu macam saya ni. Kalau senang takdelah istilah repeat tu kan? 


So when for second test saya pass, rasa bersyukurrr sangat2. Kalaulah kali kedua ni kandas rasanya tak repeat dah sampai mati. Give up okey sebab mahal sangat nak bayar balik. pokai r camnihhh. 

First test hari tu kandas pun sebab aku sendiri  yang cari pasal.hihi. Cerita macam mana kandas camni. jeng.jeng.jeng.


Tengah2 buat parking 3 penjuru,dah kira sume tiang yang ke-7,masuk kereta dalam kotak parking sume dah okey,then angkat tangan tanda kita dah selesai. 

Last2 time nak keluar parking aku pergi langgar tiang. Ya Allah..camne pulak tiang ni boleh jatuh? Angin taufan mana tiup ni? 

Saya pon tak sure lah macam mana pulak tiang ni boleh jatuh.ahaks. Bak kata pepatah,pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin.haha

Bila repeat, RM100 la melayang~ Kesian kat mak abah kena bayar. Ampun.


Perasaan hampa,kecewa,pedih ulu hati masa tuh toksah cakap lah. Bila balik rumah,semua masing2 tanya lulus ke tak. Berat betol nak jawab. Tak pasal2 bagi duit raya rm100 kat JPJ pulak. RM100 kot???

So,yang second test ni,memang farah buat betol2. Sikap panik or gabra tu sume, aku campak laut sebab tak nak lagi berlaku moment langgar tiang. >_< and Alhamdulillah,finally....












Yeayyyy.. inilah lesen P saya.
 Hanya kerana nak dapatkkan satu keping kad ni,kena marah di cikgu banyak kali sebab bawak kereta entah pape.muahaha
But,kena marah tu lah buat aku ingat sampai sekarang 'how to become a good driver'..hah..gitew :D





Despite aku dah ada lesen tapi keberanian nak bawak kete atas jalan tu, masih dalam keadaan penakut tahap maksimum. So? Motif ko amek lesen farah? Entah. Aku pun tak tahu. *thinking* muahaha





And lastly~ 

Pada tarikh itu juga, saya menerima berita baik dari kawah ayah saya. He told me I got to pursue my degree in Ijazah Sarjana Muda Syari'ah at Unisza. Alhamdulillah.. Rayuan saya diterima :') Alhamdulillah..

Can u imagine what I feel?? Lulus test JPJ, then dapat pulak tempat sambung belajar dekat dengan rumah..yeayyy. Alhamdulillah3x

Bukak student portal than check nama. Air mataku menahan sebak,tak sangka impianku menjadi kenyataan. Subhanallah. Alhamdulillah.











So as you know,I'm from asasi uitm, of course dapat degree pun dekat uitm. and I got at UiTM Segamat dalam kos Islamic Banking. So,selepas solat istikharah and bincang ngan family, saya buat keputusan untuk tolak tawaran untuk belajar di UiTM Segamat. Bcoz I love syari'ah more rather than islamic banking. I hope, this is the best decision to me.aminnnn


So,although second intake I got to pursue degree in UniSZA,but it's okey. Berita ni cukup2 membuatkan hatiku gembira. Sujud syukurku kepadamu Ya Allah. Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan dalam hidup ini. Allah mendengar doa farah betapa farah impikan dapat menyambung belajar dalam bidang syari'ah. Now,it's happen! :') 

Impian farah ingin menjadi seorang Peguam Syari'ah kini bersinar kembali. Moga impian ini menjadi kenyataan.amin ya rabb


*Belajar kerana Allah
*Belajar nak balas jasa mak abah
*Buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. :)








Berdoa adalah komunikasi yang paling pantas untuk kita berhubung dengan Allah.
Allah always have a time to listen our du'a, but do we have a time to make du'a to Allah?

Jangan terlalu lalai dengan nikmat dunia sehingga lupa untuk meluangkan masa mengingati Allah..
Remember. We must depends to Allah,not to others.



*sory post kali ini agak panjang.hee ^_^














♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Farah ^_^ ♥

Tuesday, July 23, 2013

:: Alhamdulillah.. UiTM Segamat.. I'm coming..!! ::




Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Syukran Ya Allah for giving me the chance to pursue in degree. 











This is result penerapan UiTM.  Alhamdulillah saya dapat Kos Islamic Banking gitew.. Syukur sangat. :) 

For UPU result. Ya.. I'm very dissapointed bcoz I didn't get to enter Unisza. Nak tunggu rayuan lambat pulak. Just accept it. Maybe rezeki farah kat sini. 


Selalu saya menyedapkan hati saya, maybe kos islamic banking is better than syari'ah. 

Again I said to my self. Allah do not give what you want,but He gives what you need. 

Pape pun,saya tetap bersyukur dapat kos ni.hehe 

Sebab ramai member2 farah UiTM Kuantan dulu dapat kos ni jugak. Terus rasa excited nak pergi belajar. Alhamdulillah.:D 


Berpegang pada janji, belajar kerana Allah. Belajar bersungguh2. 

Thank you Allah for giving me another day. :) 

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan..


























♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Farah ^_^ ♥

Monday, June 10, 2013

:: Kakak ku dah kawen..!! :D ::



Assalamualaikum semua.. 

Hampir sebulan tiada sebarang post2 baru dlm blog ni. Buzy sangat cuti sekolah hari tu, dengan kenduri kawen kakak, sibuk dengan amek lesen, sibuk dengan reunion kawan skul dulu and sewaktu dengannya.hehe:D

Tarikh 24.05.13. Dengan satu kali lafaz, Kak sue sah menjadi isteri kepada suami yg tercinta. Congrate Kak Sue. wow..shoknyer kawen..haha

















Semoga kaq su dapat menjadi isteri yg solehah.
bidadari buat suami didunia and akhirat.








Muka bahagia Kaq Sue and Abg Nas.hehe :D









Che rah sentiasa doakan kebahagiaan che su.. 
Moga kekal hingga ke jannah.amin









Bersama abah tercinta. Mak masa ni sibuk melayan tetamu. :D










Me and Kaq Sue. This picture from my instagram.
 Farahjiha94. Follow me :D 


Selebihnya gambar tengok kt my facebook ye..hehe


So now.. semua kakak farah dah kawen. Bila kakak kawen,macam biasa lah soalan2 yang akan ditanya oleh kawan2 mak abah. err..soalan yang sememangnya jawapan hanya Allah yang tahu.

So,jawapan farah. Ada jodoh tak kemananya.. Ye mak cik?? :D


But.. I think,farah dah jumpa 'seseorang' yang membuatkan hidup farah lalui sekarang berasa sangat - sangat bermakna. Alhamdulillah,ini semua nikmat Allah.

He told me,he like me. And actually I also have same feeling to him. Farah kenal dia dari form 2 dulu. Satu kelas,satu sekolah, then kitorang ada problem lepas tu and senyap terus,tak contact langsung lepas tu. Tapi takdir Allah, Allah temukan kami kembali. Everything happen for reason.


Who's that person? Sampai masa,saya akan umumkan.hehe. Kitorang teman tapi mesra. Tak sampai tahap betol2 ''bercinta'' . I think,saya belum cukup matang lagi lahhh.:D

Cukuplah dia tahu farah suka dia,dan dia suka farah. Kalau ada jodoh,ada la kan?? Perjalanan kami masih panjang. Ijazah pun tak jejak kaki lagi.ahaks


But, I like him because the way he respect me,he took care of me, he treat me,and most important I love him because of his religion. 

Ya..  Just the way you are. :)







                                                 



This is combination name. Someone sketch on the sand.haha
Asal busuk saya,yang wangi dia. Memang nak kena ni :p
Btw, thank you for this picture MIHS.. :)



























♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Farah ^_^ ♥