Thursday, May 3, 2012

:: Petua untuk bahagia dalam hidup ::


 Salam sume.. :)

Seperti yang anda lihat pada tajuk entry kali ni,farah jz nk kongsi beberapa tips.
Sharing is caring,right? =)



 * Petua untuk BAHAGIA dalam hidup *



Tinggalkan sifat pemarah
Paling mudah dikesan,orang sedemikian adalah orang yang sukar dan jarang mendapat kawan. Sudah tentu hatinya menjadi tidak tenang.. So,kawal diri ketika marah.:)


Tinggalkan sifat pendendam
Orang seperti ini selalu suka mencari kesalahan orang lain hatta kesalahan kecil skali mana pun.
Ini membuatkan diri dan hatinya menjadi makin sakit.


Tinggalkan sifat hasad dengki
Orang seperti ini selalu suka mencari kelemahan orang lain kerana tidak senang dengan kehebatan orang lain.
Justeru itu,sentiasalah bersyukur dengan nikmat Allah dan sentiasa menjadi diri sendiri. Allah berfirman,semakin kita bersyukur dengan nikmatnya,semakin Allah tambah nikmat itu kpd hambanya.


Tinggalkan sifat bakhil
Allah lebih sayangkan orang yang fasiq tetapi pemurah berbanding orang yg abid tetapi bakhil. kerana walaupun fasiq,pemurahnya tetap memberi manfaat kepada orang lain kerana kadangkala rezeki allah diturunkan melalui makhluknya.


Tinggalkan sifat tamak
Orang yang tidak puas dengan sedikit,nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. kerana dunia ibarat kita meminum air lautan,walaupun dah cukup banyak tapi hakikatnya ia tetap tidak akan habis. Biarlah rezeki kita sedikit,asalkan penuh dengan keberkatan.


Tinggalkan sifat yang tidak sabar
Sekiranya hal yang kecil masih tidak mampu bersabar,apatah lagi hal yang besar2 kan?? Justeru,sabar dalam apa jua keadaan. Cakap memanglah senang,tapi sebenarnya kita tidak sedar,sabar itu boley menteramkan jiwa.


Tinggalkan sifat ego
Sifat ini adalah ibu kepada segala sifat mazmumah kerana ia didorong oleh hasutan syaitan dan pemikiran yang negative. jangan terlalu ego,kelak ia akan memakan diri sendiri. jangan menjadi ego,tetapi tegas!


Tinggalakn sifat riak
Lakukan apa jua niat kerana Allah,bukan untuk menunjuk-nunjuk semata-mata untuk mendapat pujian.
Pujian boleh membuat kita lalai,dan menjadikan amalan kita tidak diterima oleh Allah. Allah murka hambanya yang riak dan takaburr dengan apa yang dia ada. So,buanglah perasaan itu jauh2,sesungguhnya riak adalah syirik yang tersembunyi.


Tinggalkan sifat yang terlalu mencintai dunia
Orang islam sebenar akan menjadikan dunia adalah penjara,dan akhirat adalah tempat kebebasan. Dunia hanyalah sementara menjadi tempat persinggahan untuk kita mengumpul amalan sebanyak mungkin untuk membawa ke akhirat,bukannya tempat untuk kita menjadi semakin lalai dan alpa ketika menggalas tanggujawab sebagai khalifah. Anggaplah,hari ini adalah hari yang terakhir kita dapat melihat dunia.
I'allah,kita akan meletakkan akhirat di hati kita. :)









Tips yang farah tulis ni,hasil luahan daripada hati farah sndiri. 
Maaf seandainya ada tersalah info,saya budak baru belajar untuk menjadi seorang motivator and but at the same time,I would like to become a Lawyer. amin3


Moga tips dikongsi, dapat kita manfaatkan bersama. :)
Leave your comment. tata sayang.





♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Farah ^_^ ♥

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..sila tinggal komen anda..
satu pun jadi..hehe thanks you lepak sini. :D

sila datang lagii... :)