Sunday, November 29, 2015

:: Happy 6months anniversary Suamiku ::











Tarikh 31 Mei 2015 bersamaan 13 Sya'ban 1436, diri ini sah bergelar menjadi seorang isteri kepada lelaki idaman saya Mohd Ibrahim Hilmi bin Safie. Alhamdulillah. Saya tak pernah terfikir diri ini berkahwin pada usia 21 tahun. Sebab dalam family saya wajib habis belajar baru boleh kawen. No kawen time belajar. Kalau langgar adat keluarga, kene rotan. Ok. *kidding :p 


Dulu masa saya kecik, impian saya nak belajar sampai ijazah, then kalau rajin sambung master, or kerja then baru fikir pasal kahwin. Tapi perancangan Allah melebihi segalanya. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.


Saya dan suami saya seusia.  Saya kenal dia semenjak kami form 1 lagi. Bila naik form 2 kami sekelas sampai la form 5. Tapi walaupun satu kelas, kitorang tak rapat walhal bercakap dalam kelas sekalipun jarang sangat sebab masing-masing sombong kikiki. :p Tapi sampai nak dekat SPM, ada satu kelas tambahan. Masing-masing pakai pakaian bebas. Then saya just pakai tudung bawal without inner neck (alahh masa tu tak de lagi jual inner neck ni hee), t-shirt labuh and seluar slack. Si ibrahim ni mai kat meja saya then dia suruh saya buka pencil box. Saya pun bukalah nampak ada satu surat.jeng jeng jeng ingatkan surat cinta ke apaaaa


Dalam surat tu dia tulis ''tolong tutup sikit tudung bahagian leher tu''. Ya Allah, ceq sentap.  Padu betul ayat dia nih. Saya tak perasan pulak tudung saya tu terbuka sikit nampak bahagian leher. Lepas tu saya senyum buat muka seposen then terus pi tandas. Tak nak tengok muka dia ni huhu.  Sejak dari peristiwa tu, saya rasa dia ni suka duk perhati saya. But, disebabkan tak nak shok sorang-sorang, saya pun abaikan perasaan tu wahaha.


Bila habis SPM, masing-masing bawa haluan sendiri. Saya dapat tawaran asasi law kat uitm kuantan and dia dapat tawaran diploma in phisiotherapy di unisza, if i'm not mistaken. Tapi dia tolak tawaran tu sebab dia tak minat science haha. Then he pursue his study in STPM di Sekolah Sultan Sulaiman. Sepanjang saya berada di uitm, kami tak pernah pun contact. No hp dia pun saya tak simpan hilang entah ke mana dah. Tapi ditakdirkan Allah, bila saya tamat belajar asasi uitm, saya nampak nama dia kat facebook bahagian friend suggestion. So,saya add a friend. Saja je add. Tak ada niat nak lebih-lebih koh koh. :p Lepas dia approve tu, bila saya post something confirm dia ni like and comment. Boleh dikatakan, sesiapa tengok post saya mesti akan cakap saya ada something dengan dia. Sebab di mana ada post saya di situ ade like dan comment dia haha. Hamboihh perasan jee. >_<  



Sampailah satu hari tu, 25 May 2013, rumah saya buat kenduri. My lovely sister kak sue kahwin. Satu nombor yang tak dikenali hantar mesej kat handphone saya ''Salam farah''. Bila tanya siapa, dia jawab dengan ringkas je ''Bohim'' haha. Dia pun cakap nak datang majlis kakak saya. Saya pun macam terkejut lah. Nak bagi ke tak. Kalau dia datang takut mak abah and adik-beradik fikir dia pakwe saya pulak, sebab sepanjang saya hidup saya tak berani jemput kawan lelaki datang rumah heee.  Tapi bila fikir balik, takkan nak ajak kawan pun tak boleh sebab nak datang kenduri kawen je kot. So,saya pun cakap la ''Datang la nak datang pun, kalau nasi tak cukup minta maaf''.  Ayat macam tak ikhlas langsung nak jemput dia kan haha. Ampunkan saya :p 


Selepas daripada peristiwa kenduri tu, kitorang kerap juga contact. Biasalah kawan lama berpisah bertemu kembali. *cehhh. Hingga lah satu hari itu, kawan sekolah dulu plan nak buat reunion kelas. Sekali lagi, jumpa pulak si dia ni masa reunion dekat sekolah. Saya ingat lagi, that day is 3 Jun 2013. Tarikh permulaan kami betul-betul rapat dan saya mula ada perasaan suka kat dia.*blushing* Tak sangka, peristiwa dari kenduri kahwin kakak dan reunion sekolah merapatkan hubungan kami. Really unexpected this thing can be happened. Sebab dekat sekolah dulu kitorang tak pernah ada perasaan suka pun dan masa form 2 kitorang pernah gaduh jugak lah koh koh. That's why orang tua-tua cakap, jangan benci nanti suka. :p :p



Dalam masa beberapa bulan saya kenal dia, dia cakap nak datang rumah nak jumpa and kenal mak abah saya. Saya terkejut dan takut nak bagi dia datang rumah. Tapi nampak dia bersungguh sangat nak mai. So,saya biarkan je. Bila dia datang rumah, saya perhati je cara dia bercakap dengan mak abah hehe. :p Then bila dia balik, mak abah tanya. ''Apa hubungan farah dengan dia?? Mesti someone special ini.'' Saya pun ''krik.krik.krik. senyum.'' Buat muka seposen. 


Sepanjang saya mengenali dia, dia tak pernah ajak saya ''Couple''. It makes me respect to him dan saya rasa dia lelaki lain daripada yang lain lelaki yang saya kenal. Dan lebih kurang setahun juga kami kenal hati buding masing-masing, ma dan ayah ibrahim call cakap nak datang rumah raya ketiga nanti, untuk merisik dan bertunang (30 July 2014). And kami rancang nak kahwin habis belajar iaitu 2017. Tapi, kita hanya merancang dan Allah menentukan segala-segalanya. :')


Dalam beberapa bulan kami bertunang, ibrahim dapat tawaran sambung ijazah di USM, Pulau Pinang dan saya di Unisza, Terengganu. Bercinta jarak jauh sangat perit dan rasa rindu pada bukan mahram sangat menyeksakan. Bertunang tiada beza pun dengan couple. Sebab itu orang cakap, jangan tunang lama-lama, BAHAYA. Yes,i feel this. Perasaan sakit itu, hanya Allah yang tahu. Bila rindu, rasa nak mesej, rasa nak call tapi sedar diri ini baru bertunang, belum lagi halal. 


Disebabkan perasaan ini selalu menghantui diri saya dan dia. Ibrahim mesej saya. ''Bila sampai Terengganu nanti, saya nak datang rumah, nak jumpa mak abah.'' Saya pun cakap ok. Bila dia sampai rumah, mak abah jemput makan-makan, then selesai makan, si ibrahim ni nampak abah farah pakai jubah siap-siap nak pi surau, sebab dah masuk waktu Zohor. Dia pun buat-buat tanya. ''Abah nak pergi mana?'' Abah cakaplah ''Nak pi surau.'' Lepas tu boleh pulak si bohim ni cakap. ''Tunggu dulu, ada benda nak cakap dengan abah.'' Bila dengar macam tu, farah terus rasa berdebar. Abah bila dengar macam tu, terus tanya kenapa. Then dia cakap '' HMM..SEBENARNYA..BOHIM DATANG SINI ADA HAJAT BESAR.'' Perasaan saya masa tu tak payah bagitahu la bila dia sebut hajat besar. Muka mak abah pun macam dah lain macam je haha.  Then dia bagitahu ''HMM..SEBENARNYA..HMM..KITA RASA NAK KAHWIN, SEBAB NAK TUNGGU 2017 LAMBAT LAGI. SEBAB DALAM 2 TAHUN MACAM-MACAM BENDA BOLEH JADI''. Mak abah bila dengar, terus gelak sakan sebab rasa macam tak percaya. Muka si ibrahim waktu tu kesian sangat tengok, malu-malu kucing gituhhh haha. Lepas tu mak abah tanya.  ''Kenapa nak kahwin cepat sangat,sedangkan dah janji 2017?''  si bohim ni senyum and diam je huhu. After a few second, abah pun cakap ''KAHWINLAH, KAHWIN MUDA RAMAI ANAK''. Like seriously abah cakap macam tu?? Finally, GREEN LIGHT huhu. Abah restu anak bongsu dia ini kahwin waktu belajar. Mak asalnya tak bagi. Tapi bila abah bagi, mak pun ikut je.:p Saya masih ingat, waktu tu 5 February 2015 hehe. Abah suruh ambil kalendar, untuk set-up tarikh. Allah, terkejut sangat. Tak sangka, saya dah nak kahwin. :')



Tanggal 31 Mei 2015. Hari Ahad pukul 9.15am bersamaan 13 Syaaban 1436, tanggungjawab telah beralih daripada Abah kepada Ibrahim dengan sekali lafaz. Tanpa sedar, air mataku mengalir. Saya tak sangka, sungguh aku tak percaya. Diri ini sudah menjadi isteri kepada lelaki yang bersungguh berjumpa dengan wali ku. Saya sangat bersyukur, Allah permudahkan segala urusan perkahwinan saya. 


















 


Baju pengantin akad nikah dan majlis bertandang fully sponsored by my sister. Thank you kaq sue. Moga Allah murahkan rezeki kak sue. :') Pelamin dan photographer pula saya cari pakej murah. Nak jimat mana yang boleh. Ibrahim ni pada mulanya tak nak ambil photographer kalau lelaki, tapi perempuan dia bagi. Agak susah nak cari female photographer kalau kat area Terengganu ini. Then ada kawan recommend sorang photographer ini. Alhamdulillah, sangat berpuas hati  dengan hasil kerja dia and harga pun sangat reasonable. Barang hantaran pun saya beli barang yang saya suka dan ibrahim pun macam tu, then malam nak kahwin, baru ktaorang tukar hehe. Kami tak buat pun dulang 9 balas 7 ke, dulang 13 lawan 11 ke. But just bagi sama rata heee. Lepas tu, kad kahwin, doorgift and kenduri kahwin semua fully mak abah yang sponsored. Alhamdulillah. Terima kasih mak abah, ma dan ayah, adik-beradik farah yang sudi membantu menjayakan majlis walimatul urus ini. Sangat-sangat terharu. Yelah, kami dua-dua masih belajar. Kalau boleh majlis nak sederhana. Buat yang mana wajib. Tapi... Allah hantar orang yang baik-baik yang sudi membantu saya dalam menguruskan segala persiapan. Moga Allah murahkan rezeki mereka.amin... :'))




 My precious :)
Abah, Mak, Husband, Ma dan Ayah.





With my family. 
Tapi tak semua ada dalam gambar, ada yang sibuk basuh pinggan :D





With my family-in-law. :)


Now, dah nak masuk 6 bulan saya dan suami hidup di alam rumah tangga. Walaupun dah kahwin, tapi kami rasa macam couple sebab masing-masing duduk jauh. Sorang penang, sorang terengganu. Tapi, bila dah kahwin, bila sorang duduk jauh, tak rasa risau sebab dah halal nak contact, nak gayut sampai subuh ke or nak webcam sampai meletop laptop suka hati la. And bila dia balik boleh pi dating  ke hulu ke hilir tak ada orang nak marah haha. Alhamdulillah. Nikmat Allah terlalu besar. Kadang saya tertanya, di kala diri ini sedih, tertekan. Allah bagi nikmat sebegini rupa yang tidak pernah saya terfikir. Terima kasih Allah hadirkan dia dalam hidupku sebagai suami, peneman susah senang, penghibur hati dikala sedih, bersabar dengan karenah saya macam budak-budak tadika and sudi menerima diri ini seadanya.:') Lagi setahun nak habis degree, semoga kita berjaya didunia dan akhirat. Nanti konvo, insya Allah bertiga yeeeee.hehe >_< 







Ibrahim Hilmi.. Terima kasih untuk segalanya. Bimbinglah saya. Semoga kita bertemu kembali di Syurga. I LOVE YOU SUAMI. <3











 
   
 Photographer suruh duduk rapat sikit. 
Terus si suami tarik bahu ish3 








My mini pelamin. :)
  





That time I was too tired. Seriously .
When photographer ask me to pose like this. 
Rasa macam nak tidur di tempat kejadian :p











Sempat lagi curi-curi pandang.
* Of course la dah halal :p




Pengantin duk atas rumput :D


Veil, baju pengantin, make up from Veilista Shawl. Click here veilista shawl bridal

Female photographer from ateeqafadzusphotography






Honey Beach at Pantai Kemasek





♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Farah ^_^ ♥

1 comment:

  1. Hi Farah, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..sila tinggal komen anda..
satu pun jadi..hehe thanks you lepak sini. :D

sila datang lagii... :)