Thursday, August 22, 2013

:: Kisah 21 Ogos. Alhamdulillah.. :') ::



Assalamualaikum pembuka bicara. :)


Alhamdulillah. So grateful to you Allah for everything you gave in my life.

Amacam raya korang? Shok ke tak? For me, Alhamdulillah raya tahun ni rasa ada satu kelainan la sket. :D

First day raya, ada seorang hamba Allah datang beraya di rumah. Tak tau nak cakap ape perasaan ketika tu. Happy ada,nervous pun ada. 

Why nervous? For my entire life,tak pernah lagi aku jemput kawan lelaki datang beraya dirumah.heee. Bukan taknak jemputlah,cuma rasa tak selesa and takut parent ingatkan pakwe nanti.kahkah.  So,bila ada farah jemput sorang ''kawan lelaki'' ni datang beraya,parent rasa peliks and.. terus diorang cakap, ni mesti someone special,bukan kawan biasa.

So bila diorang pikir camtuh,farah pun buat2 lah tak tahu.  Buat muka macam takde perasaan bercampur dengan muka sposen skettt. Nampak tak permainan disitu? But,when I saw him talking to my mother, I like his style. His personality kadang2 bersahaja, and everything about him saya perhati. He makes me melting la. Ko pehal tetiba cakap pasal dia ni farah? *eh 


Okey,kembali kpada motif utama post kali ni bukan nak citer pasal raya. ngee.  Farah nak cerita yang berlaku pada tarikh. (21.08.2013) Takkan ku lupa tarikh ni walau ape ribut yang melanda. >_< 


First of all.. I want to tell uolss.. yang farah dah jadi pemandu diiktiraf sekarang.yiehaaaaa (alahh..setakat dapat lesen pun nak citer) okey.okey.saya tengah excited ni okey. 

Alhamdulillah..terlalu happy lulus test JPJ semalam sebab ni sebenarnya second test untuk saya or ayat sedihnya repeat.hahaha. Bukan senang nak lulus bagi pemandu macam saya ni. Kalau senang takdelah istilah repeat tu kan? 


So when for second test saya pass, rasa bersyukurrr sangat2. Kalaulah kali kedua ni kandas rasanya tak repeat dah sampai mati. Give up okey sebab mahal sangat nak bayar balik. pokai r camnihhh. 

First test hari tu kandas pun sebab aku sendiri  yang cari pasal.hihi. Cerita macam mana kandas camni. jeng.jeng.jeng.


Tengah2 buat parking 3 penjuru,dah kira sume tiang yang ke-7,masuk kereta dalam kotak parking sume dah okey,then angkat tangan tanda kita dah selesai. 

Last2 time nak keluar parking aku pergi langgar tiang. Ya Allah..camne pulak tiang ni boleh jatuh? Angin taufan mana tiup ni? 

Saya pon tak sure lah macam mana pulak tiang ni boleh jatuh.ahaks. Bak kata pepatah,pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin.haha

Bila repeat, RM100 la melayang~ Kesian kat mak abah kena bayar. Ampun.


Perasaan hampa,kecewa,pedih ulu hati masa tuh toksah cakap lah. Bila balik rumah,semua masing2 tanya lulus ke tak. Berat betol nak jawab. Tak pasal2 bagi duit raya rm100 kat JPJ pulak. RM100 kot???

So,yang second test ni,memang farah buat betol2. Sikap panik or gabra tu sume, aku campak laut sebab tak nak lagi berlaku moment langgar tiang. >_< and Alhamdulillah,finally....












Yeayyyy.. inilah lesen P saya.
 Hanya kerana nak dapatkkan satu keping kad ni,kena marah di cikgu banyak kali sebab bawak kereta entah pape.muahaha
But,kena marah tu lah buat aku ingat sampai sekarang 'how to become a good driver'..hah..gitew :D





Despite aku dah ada lesen tapi keberanian nak bawak kete atas jalan tu, masih dalam keadaan penakut tahap maksimum. So? Motif ko amek lesen farah? Entah. Aku pun tak tahu. *thinking* muahaha





And lastly~ 

Pada tarikh itu juga, saya menerima berita baik dari kawah ayah saya. He told me I got to pursue my degree in Ijazah Sarjana Muda Syari'ah at Unisza. Alhamdulillah.. Rayuan saya diterima :') Alhamdulillah..

Can u imagine what I feel?? Lulus test JPJ, then dapat pulak tempat sambung belajar dekat dengan rumah..yeayyy. Alhamdulillah3x

Bukak student portal than check nama. Air mataku menahan sebak,tak sangka impianku menjadi kenyataan. Subhanallah. Alhamdulillah.











So as you know,I'm from asasi uitm, of course dapat degree pun dekat uitm. and I got at UiTM Segamat dalam kos Islamic Banking. So,selepas solat istikharah and bincang ngan family, saya buat keputusan untuk tolak tawaran untuk belajar di UiTM Segamat. Bcoz I love syari'ah more rather than islamic banking. I hope, this is the best decision to me.aminnnn


So,although second intake I got to pursue degree in UniSZA,but it's okey. Berita ni cukup2 membuatkan hatiku gembira. Sujud syukurku kepadamu Ya Allah. Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan dalam hidup ini. Allah mendengar doa farah betapa farah impikan dapat menyambung belajar dalam bidang syari'ah. Now,it's happen! :') 

Impian farah ingin menjadi seorang Peguam Syari'ah kini bersinar kembali. Moga impian ini menjadi kenyataan.amin ya rabb


*Belajar kerana Allah
*Belajar nak balas jasa mak abah
*Buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. :)








Berdoa adalah komunikasi yang paling pantas untuk kita berhubung dengan Allah.
Allah always have a time to listen our du'a, but do we have a time to make du'a to Allah?

Jangan terlalu lalai dengan nikmat dunia sehingga lupa untuk meluangkan masa mengingati Allah..
Remember. We must depends to Allah,not to others.



*sory post kali ini agak panjang.hee ^_^














♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Farah ^_^ ♥

2 comments:

Assalamualaikum..sila tinggal komen anda..
satu pun jadi..hehe thanks you lepak sini. :D

sila datang lagii... :)