Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh
cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu
adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu
mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang
mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..Apabila
seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan
menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka
jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada
seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat
anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu
anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi
untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak
sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak
kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau
sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang
diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik
untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu
dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan
perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan
‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu
lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya
kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh
mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya
memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu,
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih
baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi
dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan
kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena
caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam
masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud
menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya
sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari
anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan
sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang
paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri
anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya
Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang
tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling
melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah
indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan
tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat
lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang
perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan
sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan
membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi
perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
*******************
Ilmu ini dipetik daripada blog CAHAYA CINTA. Sesiapa yang ingin share entri ataupun nak request entri boleh buat di sini.
Nukilan FaRaH_J!Ha
Hey visit back??
ReplyDeleteFollow me if you want a follback :)
http://elfridachania-words.blogspot.com/
salam,,nice blog akak.. sy copy ek.. ;) sy ltk sumber dr akak pnye blog
ReplyDelete