Tuesday, February 7, 2012

:: Perempuan patut TAHU..!! ::



 

 Salam sume.. 
Ape motif frah letak gambar ni ea?? ahak
Jz saje letak..
I captured this picture when I go out with my friends at Riyaz Heritage..
Kat mane tuh?? of..course! My sweethome Pulau Duyong..ahak XD
Btw..suka tengok rumah kat blakang tuh..:D

Ok,post kali ni sangat sesuai untuk tatapan sume kaum HAWA..
so,kalau ada Kaun ADAM yg bace post ni,komen la sket....
tak tahu ia tepat atau tidak..
Hanye kaum ADAM yang tahu hakikatnye.. :D
So,enjoy read it..!! =)


Tahukah ANDA??

sekeras mana pun seorang lelaki, lelaki itu akan menjadi selembut kapas jika dia telah jatuh cinta (love) kepada seorang wanita.


Benarkah seorang lelaki yang keras hatinya boleh mengalirkan air mata demi seorang wanita? The power of love!


Nasihat PDH, jika 23 tanda ini anda lihat pada pasangan anda, percayalah dia sangat menyayangi anda…:)



Antara tanda-tanda seorang lelaki jatuh cinta (love) kepada seorang wanita :


Love 1. Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.


Love  2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.


Love  3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.


Love  4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.


Love  5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.


Love  6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.


Love  7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.



Love  8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.


Love  9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.


Love  10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.


Love  11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.


Love  12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.


Love  13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.


Love  14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.



Love  15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.


Love  16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.


Love  17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar. (agak-agak kalau kena tunggu 7 tahun boley saba x dia ek?? =.=' )


Love  18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.


Love  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya


Love  20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.


Love  21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. (Pesanan: jangan smpai bunuh diri kerana kekasih,xde tempat lain,sah neraka lah jwpnnya..)


Love  22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.


Love  23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.
 




Nukilan FaRaH_J!Ha

♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Farah ^_^ ♥