Friday, May 25, 2012

:: Anugerah yang akan ku kenang selamanya :)::



Salam sume.. :)

Today is 24.05.2012.. ade ape dengan tarikh ini?

Hari ini,farah dijemput hadir ke sekolah,
untuk menghadiri Majlis Kecemerlangan Pelajar Asrama..
Alah..farah xcemerlang mane pn,setakat dpt 7A,apelah sgt..=.=

Dalam surat tulis majlis start kul 10...
Farah bangun tidow pagi td lewat,punyalah aku gelabah.
Kepala nye pning,tu la akibat nye,suke sangat tdow xtentu masa.
Bila bangun,turun bawah cari parent farah,alamak...sume xde..
so,spe nk anta farah ni?? xkn lupa kot hari ini aku ade event.
nasib bek hp farah hari ini ade kredit,bkn snang tau hp farah nk ade kdit slalu..ngeh3
kol la abah farah,abah ckap,otw nk blek umah la ni nk anta farah p skul.
hah..lega aty..ingtkn dh lupa.:D

Bila abah smpai umah,abah pulak ckap abah pnat bru blek KL. 
Last2,abang  farah jgk yg anta.
apelah...kalu tau cmtu,
dari tadi farah dh panggil abang farah yg suh hantarkn. 
Abah ni..nk kne btol.
Tengok jam dh pkul 10.30??
aiyyaa..farah dh lewat dh ni. 
Farah pn pkse la abang frah bwk kete mcm lipas kudung..huhu

Bile smpai kt skul,jmpe la adik2 balik. 
wow2..sukenye. adik2 skul farah sumenya pramah,rase xkekok la datang sokmo kt skul tuh.hehe  so,ape lagi?farah pn msuk dewan,daftar dulu and amek nombor cabutan bertuah. harap2 bertuah la aku hari ni.

Bla masuk dewan,majlis start rupanya kul 11..haish 
Dalam surat cakap pukul 10.. abang aku bwk kete punye la laju. nasib bek,xtercabut tayar kreta.

Then,tepat kul 11,majlis bermula.
Cikgu duk buat ucapan kt depan,farah n the geng duk sembang kt blakang.HAHA
alah..bselah tu,lame xjmpe geng.hehe :D
Bila time cabutan bertuah,baru la kteorang memberi tumpuan,HAHA
kurang asam btol.;D

Masing2 tengok nombor. berdebar kot..ahak
Pengetua pun pilih la 10 nombor yg bertuah.
Pengerusi majlis pn umum la satu persatu nombor yg bertuah..
alamak..hampanya..dh brape nombor dh disebut,xde yg kene pn.
nk wt cmne xbtuah.sob3.

Farah pn, termenung la sorang diri.. 
Malas la nk dengar,pengerusi majlis tengah sebut nombor.
Tiba2,kawan farah kt sbelah tolak farah,'' Frah,kau ni berkhayal ea?nombor 1054,bkn nombor farah?
Farah pn tengok balik nombor,eheh..ye lah...
nasib bek ade kwan yg kuat ingatan. ingt pulak dye nombor frah.:D huhu
Bertuah jgk akhirnye. 
So,dengan segan silu nya,farah pn nek stage amek hamper..ahak :D








 Alah..ha..kcik je pn.
 jeles x?jeles x? HAHA XD




Then,habis cabutan bertuah,ade persembahan nasyid drpd skul farah. 
Budak2 nasyid skul frah,mmg power lah.
Diorang dh mewakili peringkat negeri,td diorang bt persembahan mmg best lah..
Tak caye? korang serch sndiri dlm youtube. cuba la tgk. :D











 Sory,gambar blur. Mase ni,baru intro.
Pemain alat muzik menunjukkan kehandalannya main gendang . :D



Habis persembahan nasyid,
start la agenda penerimaan anugerah kecemerlangan pelajar asrama..
Ha..nk tengok frah dapat ape?? :D








Ape tuh? ni gmbar edit la..
Jz dapat hadiah buku motivasi.huhu
Gambar kt atas plak ialah kertas yg ditampal pade hadiah..
cantik x frah edit??cantik x?cantik x?HAHA XD




Then,last skali..inilah anugerah yg memberi sribu satu kenangan dalam hidup frah..
Alhamdulillah.. 5 tahun duk hostel,mcam2 cabaran and karenah frah lalui spanjang memegang jawatan kapten..hoho migrain aku..! =.= 
tp,inilah hasil yg Allah hadiahkan untuk frah.alhamdulillah.

So,pengajaran yg frah dapat drpd pengalaman hidup,jgn mudah stress n bersedih kalu idop kte sntiasa diuji. sbelum kbahagiaan datang,kita perlu menghadapi beribu kesukaran. dont give up.okey? :)








Farah harap dengan anugerah ni,dapat buat mak abah hepy.
tu je yg sye harapkan.



Tak lama lagi,farah akan menjejak kaki ke dunia baru.
Takut and rase xsmangat lah nk pergi blajar..xtau knape.
Semangat..datanglah engkau..hihi


Sory,post kali ni agak panjang..hehe
excited kot.:]





♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Farah ^_^ ♥

Friday, May 11, 2012

:: Mara Technologi University :) ::



Salam sume.. 


Alhamdulillah..
akhirnya impian saya untuk menjejak kaki ke menara gading tercapai..:)
Syukur Ya Allah.. 
Walaupun impian farah nak masuk UIA,iye lah ade hikmah la tuh,
farah xdapat sane kn?

Alhamdulillah.. Farah dapat kos asasi undang2 
kat UiTM kampus Kuantan,Pahang.. 
Wow..bahagianye aty saye..hehe :D

Rase mcam xcaye lah,farah nak masuk U..
bukan ape..farah rase mcam,frah ni xcukup matang lagi.ahak. ^_^
After this,farah kena pandai la berdikari,pandai pilih kawan,
sbb xnak terpengaruh dengan budaya kuning..huhu

So,farah skrg ni rse pning sangat,sbb banyak benda agi yang xslesai.
Medical check up xcare lagi,bank pun,buku pun ambe xdok..ahak truk btol.
then,print kt umah pulak buat hal,cmne nk isi borang ini..grrr
barang2 pulak,banyak bende ag yg perlu dibeli.

 So,blog farah rase,lpas ni kurang diberi phatian dah rsenya.huhu
malas dh la nk updated..=.=

Hurm..actually..farah rase takut..
after frah abis asasi nanti of course nk masuk ijazah plak kn?
faham2 la,kalu Law MUET dye nak band brape..
Farah ni bkan la pndai sgt BI..uhuk 

takutnye....
 xpe2,usaha tangga kejayaan..!!
Takut mcamnepun,frah tetap kena lalui.
So,korang doakan lah,farah dapat belajar dengan baik kt UiTM,
and MUET frah dapat band 4 keatas..amin :)

Moga impian saya tercapai.. amin99












♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Farah ^_^ ♥

Tuesday, May 8, 2012

:: 5 Tanda Menunjukkan SI DIA jodoh kita ::




Setiap kali kita berhubungan dengan seseorang, kita pasti akan tertanya, adakah dirinya tercipta untukku..? adakah dirinya jodohku..? Ada beberapa petanda yang mungkin menunjukkan si dia jodoh anda. Boleh jadi ianya kebetulan, boleh jadi ianya benar tak terduga. Jom kita selami.

1) Wajahnya mirip dengan anda

percaya atau tidak, perasan atau tidak perasan kebanyakan pasangan mempelai kelihatan sama dan mirip pada wajah mereka, dan ini terjadi  bukan kerana kebetulan. Satu kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi di University of St. Adrews menunjukkan seseorang akan cenderung tertarik pada seseorang yang lain yang memiliki ciri-ciri wajah seperti dirinya sendiri. 

2) Anda tersenyum kerananya

percaya atau tidak, hari-hari yang anda lalui pasti mengenangkannya. bangun pagi anda wajah si dialah yang pertama muncul di benak fikiran dan mata anda. lalu senyuman pasti terukir indah. dan pagi anda selalu kelihatan gembira dan cergas.

3) Anda dapat menerimanya seadanya

percaya atau tidak, anda mungin tidak suka akan perihal sesuatu perkara. tapi kerana kasih dan sayang anda terikat padanya, anda mula menerimanya  walaupun banyak benda yang anda tidak suka, tetapi oleh kerana mungkin jodoh anda tersirat untuknya, anda dapat menerimanya seadanya.

4) Anda dapat berdebat baik dengannya

Anda mungkin seorang pemarah, si dia juga mungkin sama, tapi keserasian yang ada pada diri anda dengan dirinya membuat anda dapat mengalah dan berbicara baik dengannya, malah satu kajian dilakukan di barat, kebanyakan pasangan yang berjodoh, mereka diciptakan saling melengkapi. sekiranya anda seorang pemarah, pasangan anda dikurniakan sifat yang lembut dan suka memujuk, begitulah juga sebaliknya. dan inilah yang dikatakan jodoh..!

5) Naluri anda

Naluri adalah aspek perasaan yang dapat dirasakn oleh seseorang. seseorang yang berpasangan pasti dapat merasakan dari hati kecil naluri mereka tentang siapa jodohnya. dan dari naluri itulah anda dapat merasakan siapa jodoh anda.









♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Farah ^_^ ♥

Thursday, May 3, 2012

:: Petua untuk bahagia dalam hidup ::


 Salam sume.. :)

Seperti yang anda lihat pada tajuk entry kali ni,farah jz nk kongsi beberapa tips.
Sharing is caring,right? =)



 * Petua untuk BAHAGIA dalam hidup *



Tinggalkan sifat pemarah
Paling mudah dikesan,orang sedemikian adalah orang yang sukar dan jarang mendapat kawan. Sudah tentu hatinya menjadi tidak tenang.. So,kawal diri ketika marah.:)


Tinggalkan sifat pendendam
Orang seperti ini selalu suka mencari kesalahan orang lain hatta kesalahan kecil skali mana pun.
Ini membuatkan diri dan hatinya menjadi makin sakit.


Tinggalkan sifat hasad dengki
Orang seperti ini selalu suka mencari kelemahan orang lain kerana tidak senang dengan kehebatan orang lain.
Justeru itu,sentiasalah bersyukur dengan nikmat Allah dan sentiasa menjadi diri sendiri. Allah berfirman,semakin kita bersyukur dengan nikmatnya,semakin Allah tambah nikmat itu kpd hambanya.


Tinggalkan sifat bakhil
Allah lebih sayangkan orang yang fasiq tetapi pemurah berbanding orang yg abid tetapi bakhil. kerana walaupun fasiq,pemurahnya tetap memberi manfaat kepada orang lain kerana kadangkala rezeki allah diturunkan melalui makhluknya.


Tinggalkan sifat tamak
Orang yang tidak puas dengan sedikit,nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. kerana dunia ibarat kita meminum air lautan,walaupun dah cukup banyak tapi hakikatnya ia tetap tidak akan habis. Biarlah rezeki kita sedikit,asalkan penuh dengan keberkatan.


Tinggalkan sifat yang tidak sabar
Sekiranya hal yang kecil masih tidak mampu bersabar,apatah lagi hal yang besar2 kan?? Justeru,sabar dalam apa jua keadaan. Cakap memanglah senang,tapi sebenarnya kita tidak sedar,sabar itu boley menteramkan jiwa.


Tinggalkan sifat ego
Sifat ini adalah ibu kepada segala sifat mazmumah kerana ia didorong oleh hasutan syaitan dan pemikiran yang negative. jangan terlalu ego,kelak ia akan memakan diri sendiri. jangan menjadi ego,tetapi tegas!


Tinggalakn sifat riak
Lakukan apa jua niat kerana Allah,bukan untuk menunjuk-nunjuk semata-mata untuk mendapat pujian.
Pujian boleh membuat kita lalai,dan menjadikan amalan kita tidak diterima oleh Allah. Allah murka hambanya yang riak dan takaburr dengan apa yang dia ada. So,buanglah perasaan itu jauh2,sesungguhnya riak adalah syirik yang tersembunyi.


Tinggalkan sifat yang terlalu mencintai dunia
Orang islam sebenar akan menjadikan dunia adalah penjara,dan akhirat adalah tempat kebebasan. Dunia hanyalah sementara menjadi tempat persinggahan untuk kita mengumpul amalan sebanyak mungkin untuk membawa ke akhirat,bukannya tempat untuk kita menjadi semakin lalai dan alpa ketika menggalas tanggujawab sebagai khalifah. Anggaplah,hari ini adalah hari yang terakhir kita dapat melihat dunia.
I'allah,kita akan meletakkan akhirat di hati kita. :)









Tips yang farah tulis ni,hasil luahan daripada hati farah sndiri. 
Maaf seandainya ada tersalah info,saya budak baru belajar untuk menjadi seorang motivator and but at the same time,I would like to become a Lawyer. amin3


Moga tips dikongsi, dapat kita manfaatkan bersama. :)
Leave your comment. tata sayang.





♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Farah ^_^ ♥